<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<?xml-stylesheet type="text/xsl" href="translation.xsl"?>
<translation>
<paragraph>
        These selected sentences to help you enlarge your Malay vocabulary are taken from Malaysian newspapers such as <hyperlink href="https://www.utusan.com.my/" text="Utusan Malaysia">Utusan Malaysia</hyperlink> and <hyperlink href="https://www.bharian.com.my/" text="Berita Harian">Berita Harian</hyperlink> and also online news services <hyperlink href="https://m.malaysiakini.com/my/tag/bahasa%20melayu" text="Malaysiakini">Malaysiakini</hyperlink> and <hyperlink href="https://www.bernama.com/bm/" text="Bernama">Bernama</hyperlink> this year (2025). I have done something similar in 2011.  <hyperlink href="http://pgoh13.free.fr/mycourse2/malay_sentences_archive1.php" text="Click to go.">Click to go.</hyperlink>
        If you don't agree with my translation, it's ok. It is always possible to translate the same text differently. My translation is more with students in mind. Thus I would translate "laman sesawang bersifat lucah" as "websites of a pornographic nature" instead of "pornographic websites".
</paragraph>
<sentence>
    <malay>Bandar raya Copenhagen di Denmark secara rasmi dinobatkan sebagai bandar paling gembira di dunia tahun ini, menurut laporan tahunan Happy City Index.</malay>
    <english>The city of Copenhagen in Denmark has been officially proclaimed as the happiest city in the world this year, according to the annual Happy City Index report.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Seorang wanita warga Britain, Ethel Caterham, kini rasmi menjadi manusia tertua di dunia selepas pemegang rekod sebelumnya, seorang biarawati dari Brazil, Sister Inah Canabarro Lucas, meninggal dunia pada usia 116 tahun.</malay>
    <english>A British woman, Ethel Caterham, is now officially the world's oldest human being after the previous record-holder, a Brazilian nun, Sister Inah Canabarro Lucas, died at the age of 116.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sedang bercuti, kata seorang menteri kabinet susulan khabar angin yang mendakwa timbalan presiden PKR itu telah meletakkan jawatan dalam kerajaan.</malay>
    <english>Economy Minister Rafizi Ramli is on vacation leave, said a cabinet minister following rumours claiming that the PKR deputy president had resigned from his post in the government.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Jari manis seorang kanak-kanak hampir putus akibat ditimpa simen penutup longkang ketika menyelamatkan seekor anak kucing.</malay>
    <english>A child's ring finger was nearly severed as a result of being hit by a drain cover cement while rescuing a kitten.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang memaklumkan tiada sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah atau cuti sekolah akan diberikan sepanjang Gangguan Bekalan Air Berjadual susulan henti tugas separa di loji rawatan air di Sungai Dua.</malay>
    <english>The Penang State Education Department has announced that no teaching and learning sessions at home or school holidays will be given during the Scheduled Water Supply Disruption following the partial shutdown of the water treatment plant at Sungai Dua.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis meninggal dunia pada usia 88 tahun, hanya sehari selepas beliau membuat kemunculan yang dinanti-nantikan di Dataran Saint Peter sempena sambutan Easter, menurut kenyataan dari pihak Vatican.</malay>
    <english>The Vatican's supreme leader, Pope Francis, has passed away at the age of 88, just a day after he made a much-awaited appearance in Saint Peter's Square on the occasion of Easter celebrations, according to a statement from the Vatican.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Individu yang mempunyai tekanan darah dalam julat 130 hingga 139 sistolik dan 85 hingga 89 diastolik perlu pantau tekanan darah mereka dengan teliti dan membuat perubahan gaya hidup.</malay>
    <english>Individuals having blood pressure in the range of 130 to 139 systolic and 85 to 89 diastolic should monitor their blood pressure closely and make changes to their lifestyle.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping hari ini (16/04/25) menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman dan dokumen yang merangkumi pelbagai sektor kerjasama antara kedua-dua negara.</malay>
    <english>Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Chinese President Xi Jinping today (16/04/25) witnessed the exchange of 31 Memoranda of Understanding and documents covering various sectors of cooperation between the two countries.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Pemungut sampah mogok, tikus sebesar kucing berkeliaran di Birmingham. Bau busuknya tidak tertanggung daripada makanan-makanan reput. Tikus dan lipas merayap keluar dari beg plastik.</malay>
    <english>Garbage collectors on strike, rats the size of cats run wild in Birmingham. The stench from rotting food is unbearable. Rats and cockroaches crawl out of plastic bags.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi "lampu hijau" kepada Kerajaan Melaka untuk menjadi tuan rumah acara pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026.</malay>
    <english>Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has given the "green light" to the Melaka government to be host for the launching ceremony of Visit Malaysia Year 2026.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Malaysia tidak bercadang mengenakan tarif balas meskipun Amerika Syarikat menaikkan tarif sebanyak 10 peratus dan mengenakan tarif timbal balik ke atas eksport Malaysia.</malay>
    <english>Malaysia is not planning to impose retaliatory tariffs even though the United States raised tariffs by 10 per cent and imposed reciprocal tariffs on Malaysian exports.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Larangan mempamerkan produk merokok secara terbuka di kaunter kedai di Malaysia berkuat kuasa bermula hari ini. (April 1, 2025)</malay>
    <english>The ban on displaying smoking products openly at shop counters in Malaysia comes into effect from today.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Rakyat Singapura "menyerbu" Johor untuk membeli barangan persiapan Aidilfitri...mata wang dolar Singapura yang lebih tinggi berbanding ringgit iaitu pada kadar $1 bersamaan RM3.30, mendorong rakyat negara jiran itu berbelanja sakan di seberang tambak.</malay>
    <english>Singaporeans "invade" Johor to buy goods in preparation for Aidilfitri...a stronger Singapore dollar when compared to the ringgit, the rate being S$1 to RM3.30, has incited citizens of the neighbouring country to spend profusely across the causeway.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Kesatuan mahasiswa desak Universiti Malaya hapus Dasar Baki Sifar yang memerlukan setiap mahasiswa membayar yuran masing-masing sepenuhnya sebelum mereka dibenarkan mendaftar untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.</malay>
    <english>Universiti Malaya's students union has urged the university to scrap its Zero Balance Policy which requires students to pay their fees in full before they are allowed to register in order to follow the courses that are offered.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Kuala Terengganu muncul sebagai destinasi paling berpatutan di Malaysia untuk tempoh perjalanan akan datang, dengan kadar bilik purata RM213 satu malam, demikian menurut platform pelancongan digital Agoda.</malay>
    <english>Kuala Terengganu has emerged as the most reasonable (affordable) destination in Malaysia for the upcoming travel period, with the room rate averaging at RM213 a night, according to digital travel platform Agoda.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Sebuah mahkamah di California mengarahkan rangkaian kopi terkenal, Starbucks, membayar pampasan sebanyak AS$50 juta kepada seorang pemandu penghantaran yang mengalami kecederaan melecur teruk akibat penutup cawan minuman panas yang tidak dipasang dengan betul.</malay>
    <english>A court in California has ordered the famous coffee chain, Starbucks, to pay compensation amounting to US$50 million to a delivery driver who suffered severe burns resulting from a badly-fitted cup lid on a hot beverage.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Beli secara dalam talian "bunuh" bazar Aidilfitri? Tinjauan Utusan Malaysia ke Bazar Aidilfitri baru-baru ini mendapati jumlah keha­diran pengunjung tidak ramai.</malay>
    <english>Is online shopping "killing" the Aidilfitri bazaar? An Utusan Malaysia survey of Aidilfitri bazaars recently found that the number of visitors present was insignificant.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Seorang wanita maut, manakala suaminya dan dua anak mereka termasuk bayi berusia empat bulan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan.</malay>
    <english>A woman died, while her husband and their two children, including a four-month-old baby, were injured in an accident involving two vehicles.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Majlis Bandaraya Copenhagen secara rasmi meluluskan cadangan untuk menamakan semula satu daripada dataran utama di ibu negara itu kepada "Palestine Square".</malay>
    <english>The Copenhagen City Council has officially approved a proposal to rename one of the capital's main squares as "Palestine Square".</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Amalan setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan persendaan dalam apa jua bentuk, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).</malay>
    <english>The practice of every religion must be respected and should not be turned into a laughing matter in any form whatsoever, said the Director-General of the Islamic Development Department (JAKIM).</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Sejumlah lima juta murid memulakan sesi persekohan baharu semalam dan hari ini di seluruh negara.</malay>
    <english>A total of five million pupils began the new academic session yesterday and today throughout the country.</english>
  </sentence>
  <sentence>
    <malay>Sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam akan menamatkan sesi persekolahan seawal pukul 5.30 petang.</malay>
    <english>Afternoon session schools having Muslim pupils and teachers will end their school session as early as 5.30 in the evening.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Bahasa Melayu, sebagai satu daripada bahasa terbesar di Asia Tenggara, memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan budaya serantau.</malay>
    <english>The Malay language, as one of the largest languages ​​in Southeast Asia, plays an important role in shaping the identity and culture of the region.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Rakyat Malaysia di luar negara khususnya golongan profesional, diminta berfikiran terbuka agar tidak terperangkap dengan pemikiran lama dan sentiasa mencari peluang bagi memperkembangkan potensi diri.</malay>
    <english>Malaysian citizens living abroad, especially those in the professional group, have been asked to be open-minded so as not to be trapped into old-fashioned thinking and to always seek opportunities to develop their full potentiality.</english>
</sentence>
<sentence>
    <malay>Mangsa sempat memberhentikan kenderaan rapat ke besi penghadang, namun tidak dapat keluar menyebabkan mangsa terperangkap dan rentung di dalam kereta</malay>
    <english>The victim managed to stop the vehicle close to the iron railing, but was unable to get out, causing the victim to be trapped and burnt in the car.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat permohonan maaf dan mengakui khilaf kerana mempromosikan produk berasaskan nikotin dalam media sosial miliknya, baru-baru ini.</malay>
    <english>The famous singer Datuk Seri Siti Nurhaliza, has apologised and admitted her error in promoting nicotine-based products on her social media account recently.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.</malay>
    <english>A total of 3,670 websites of a pornographic nature has been blocked from 2022 to this Feb 15 said the Minister of Communications Fahmi Fadzil.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) mendapati kira-kira 50 peratus daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas pihak berkuasa telah dicampur beras putih tempatan.</malay>
    <english>The Agricultural Research and Development Institute (Mardi) found that about 50 percent of the 5,000 samples of imported rice seized by the authorities had been mixed with local white rice.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Seorang wanita dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Tinggi Singapura semalam, kerana mendera kanak-kanak berusia empat tahun sehingga mengakibatkan kematian.</malay>
    <english>A woman and her boyfriend were charged in the Singapore High Court yesterday for abusing a four-year-old child to the extent of causing her death.</english>
  </sentence>
<sentence>
    <malay>Penjaga gol buang masa akan dihukum. Di bawah peraturan baru itu, jika penjaga gol memegang bola lebih daripada lapan saat, pasukan lawan akan diberikan sepakan sudut.</malay>
    <english>Goalkeepers who waste time will be penalized. Under the new rule, if a goalkeeper holds the ball for more than eight seconds, the opposing team will be awarded a corner kick.</english>
  </sentence>
</translation>

